seri pantai selayang pandang
Mengimbau kembali sejarahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai sebagai Institusi Pendidikan bermula pada Januari 2001. Dikategorikan sebagai sekolah luar bandar ini terletak kira-kira 12 kilometer dari Bandaraya Alor Star.
Sekolah ini memulakan sesi pembelajaran pada 13 Ogos 2001. Sebelum itu pelajar-pelajar sekolah ini menumpang sementara di SK Seri Pantai yang kedudukannya adalah berjiran. Bermula dengan pelajar perintis kurang daripada 400 orang murid, kini meningkat lebih 1000 orang murid pada tahun 2004 hinggalah kini. Peningkatan jumlah pelajar yang ketara ini memaksa pihak sekolah membuka persekolahan 2 sesi bermula tahun 2004 dengan sesi petang di bawah penyeliaan Penyelia Petang, En. Tan Say Kheong.
Nama SMK Seri Pantai diberi nama bersempena lokasi sekolah ini yang berdiri gah yang letaknya 2 kilometer dari lautan Selat Melaka dan Jeti Kuala Kedah. Perjalanan feri dari Jeti Kuah ke Jeti Kuala Kedah, akan disajikan dengan panorama indah tatkala feri menghampiri pantai. Dari sayup kejauhan ini selayang pandang akan jelas kelihatan tersergam indah tegak berdiri bangunan SMK Seri Pantai sesuai menjadi nadi penggerak penyuluh ilmu buat anak-anak nelayan Kuala Kedah yang benar-benar dahagakan ilmu.
Sepanjang penubuhannya, sekolah ini telah diterajui oleh 7 orang pengetua yang terdiri daripada Encik Saidin bin Bakar
(1 Januari 2001 - 15 Jun 2001), Datin Hajah Siti Aminah bt. Che Omar ( 16 Jun 2001 - 15 Mac 2005), Encik Abu Bakar bin Md. Isa (16 Mac 2005 - 31 September 2006), Encik Abu Seman bin Bakar ( 1 Oktober 2006 - 23 Oktober 2012), Encik Mohamad Fauzi bin Hj. Idris (13 Disember 2012 - 18 Ogos 2014), Tn. Hj. Zakaria bin Hj. Osman ( 16 Disember 2014 - 8 Januari 2018), Encik Ku Azizan bin
Ku Baharum (9 Januari 2018 - 3 Oktober 2020) dan Tn. Hj. Muhamad Anuar bin Hamid (4 Oktober 2020 hingga kini)
Tegaknya Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pantai sebagai satu wadah perjuangan yang belum selesai. Tugas mendidik anak-anak pewaris watan ini tergalas di bahu para pendidik selagi bergelr mursyid atau mursyidah. Perjuangan kearahnya adalah perjuangan bersama dan kesepakatan warga SMKSP. Diharapkan SMK Seri Pantai akan menjadi sekolah institusi pendidikan yang unggul serta dapat melahirkan insan-insan yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan menjadi kebanggaan seluruh warganya.